Noh Omar letak jawatan MPT Bersatu
Seorang lagi pemimpin veteran Bersatu, Tan Sri Noh Omar meletakkan jawatan daripada MPT susulan daripada pemecatan 17 pemimpin semalam.
Dalam satu video di media sosial, beliau menzahirkan kekecewaan terhadap Lembaga Disiplin yang melanggar keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi pada 12 Jan.
MPT ketika itu telah memutuskan untuk menangguhkan tindakan disiplin.
“Tiada gunanya berada dalam MPT sekiranya keputusan tidak dihormati oleh Lembaga Disiplin dan ahli parti,” kata Noh.
Sebelum ini beliau turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa perpaduan parti bersama Datuk Rais Yatim.
Rais juga telah keluar parti.
Noh pernah mengetuai Umno Selangor sebelum memasuki Bersatu.
BACA JUGA: 13 pemimpin Bersatu lain turut dipecat
Wan Ahmad Fayshal antara tiga ahli parlimen yang turut sama dipecat Bersatu