Pas jumpa Hamzah tapi bukan kem Hamzah?

Pas mendakwa bahawa ia tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan yang bertelagah di dalam Bersatu meskipun presiden Pas Tan Sri Hadi Awang, naib presiden Datuk Seri Ahmad Samsuri Moktar dan setiausaha agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hasan menemui ketua pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin di Rusila semalam.

“Tak semestinya begitu, semua pihak boleh berkunjung ke Rusila, bukan Bersatu sahaja.

“Parti-parti lain pun boleh, Rusila ini satu institusi yang boleh dikunjungi sesiapa sahaja dari dalam dan luar negara, Pas tidak ada kem siapa-siapa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Klinik Hayat 24 Jam Cherang, di Kota Bharu.

Takiyuddin turut menegaskan bahawa Pas tidak pernah mencampuri urusan dalaman komponen Perikatan Nasional lain termasuk Bersatu.

“Pas tidak pernah cuba campur tangan dalam hal dalaman mana-mana parti, termasuk parti gabungan dalam PN.

“Kami uruskan parti kami dan jika ada perkara di peringkat gabungan, kita bincang bersama,” katanya.

Semalam Bersatu mengumumkan pemecatan 17 pemimpin termasuk Hamzah yang sebelum itu menjawat kedudukan nombor dua parti.

Penganalisa politik Dr James Chin mendakwa bahawa Pas menyokong Hamzah dan bukannya Tan Sri Mahiaddin Yassin.

BACA JUGA: Perjumpaan Hadi- Hamzah: Apa maknanya?