Kerajaan Negeri dan PEKEMA salur 1,000 bakul Ramadan kepada golongan memerlukan di Selayang

FOTO BERITA: Program Sumbangan Bakul Makanan Sempena Ramadhan 2026 oleh YB EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat merangkap ADUN Raman Templer dengan kerjasama Yayasan Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Pusat Khidmat Masyarakat Zon 10, Majlis Perbandaran Selayang dan Pusat Khidmat ADUN Taman Templer di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang, Selangor. 15hb Februari 2026 (Ahad)

Majlis Perasmian Program Sumbangan Bakul Makanan Sempena Ramadan 2026 telah disempurnakan oleh YB EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat merangkap ADUN Raman Templer.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa syukur kerana dapat bersama masyarakat setempat dalam program berteraskan konsep rahmah dan kebajikan. Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada umat Islam serta Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghoa yang turut meraikannya dalam tempoh terdekat.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Tuan Haji Ahmad Zahiri; Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang merangkap wakil penduduk Zon 10, Naib Presiden Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), YM Raja Petra Marudin Raja Nordin, wakil kepimpinan PEKEMA termasuk Setiausaha Kehormat serta barisan jawatankuasa dan pemimpin komuniti setempat.

Dalam ucapannya, beliau menzahirkan rasa syukur kerana dapat bersama masyarakat setempat dalam program berteraskan konsep rahmah dan kebajikan. Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada umat Islam serta Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghoa yang turut meraikannya dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, inisiatif seperti ini mencerminkan semangat kebersamaan antara kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti dalam mendepani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Beliau berkata, berdasarkan pencapaian ekonomi negara, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat pertumbuhan 6.3 peratus pada suku keempat 2025, sekali gus menunjukkan usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh kedudukan ekonomi negara.

“Walaupun kesannya mungkin belum dirasai sepenuhnya oleh semua lapisan rakyat, pelbagai langkah sedang dan akan terus dilaksanakan bagi memastikan kebajikan rakyat terbela,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan para penerima agar menjadikan sumbangan yang diterima sebagai pemangkin untuk terus berkongsi rezeki.

“Apabila menerima beras dan barangan keperluan, niatkan setiap masakan itu untuk menjamu mereka yang berbuka puasa. Dengan niat yang ikhlas, ganjarannya akan berlipat ganda,” ujarnya. Beliau turut menggalakkan masyarakat memanfaatkan bulan Ramadan untuk mengimarahkan masjid dan surau serta memperbanyakkan amalan kebajikan.

Majlis berkenaan turut berlangsung bersempena program Jualan Agro MADANI anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang menawarkan barangan keperluan pada harga berpatutan dan berakhir pada jam 6 petang hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden PEKEMA, YM Raja Petra Marudin berkata program tersebut dilaksanakan bersempena kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan memerlukan, khususnya B40, asnaf, warga emas dan keluarga berpendapatan rendah.

“Ramadan bukan sekadar bulan untuk kita berpuasa, tetapi bulan untuk memperbanyakkan amalan kebajikan dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program itu, khususnya Pusat Khidmat ADUN Taman Templer, JKP Zon 10 Majlis Perbandaran Selayang serta Yayasan PEKEMA atas kerjasama erat dalam merealisasikan inisiatif berkenaan. Menurutnya, pihaknya amat menyedari cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat dan memberi kesan besar kepada masyarakat setempat.

“Justeru, pada tahun ini Yayasan PEKEMA berbesar hati untuk menyumbangkan bakul Ramadan kepada seribu penerima yang layak. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban perbelanjaan harian dan menceriakan persiapan menyambut Ramadan,” ujarnya. Tambah beliau, bantuan yang disalurkan bukan sahaja berbentuk material, malah menjadi simbol sokongan moral bahawa masyarakat tidak bersendirian dalam menghadapi cabaran kehidupan.

S
Dalam majlis yang sama Ahli Majlis Majlis Perbandaran Selayang merangkap wakil penduduk Zon 10, Tuan Haji Ahmad Zahiri, menzahirkan penghargaan kepada Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) atas kerjasama menjayakan Program Sumbangan Kasih Ramadan yang menyasarkan 1,000 penerima di sekitar Taman Templer dan Selayang.

Menurut beliau, sasaran seribu penerima pada awalnya menimbulkan rasa gementar memandangkan cabaran mengenal pasti penerima yang benar-benar layak. Namun, dengan sokongan padu ketua-ketua subzon dan pasukan petugas, senarai penerima berjaya diselaraskan dengan baik.

“Alhamdulillah, hasil kerjasama semua ketua subzon yang sentiasa memberi komitmen tinggi, kita berjaya menyantuni penduduk yang memerlukan. Usaha ini bukan sahaja membantu saya sebagai ahli majlis, malah memudahkan gerak kerja bersama YB ADUN,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa agihan bakul makanan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari bagi memastikan proses berjalan lancar. Penerima yang mempunyai kupon boleh menebus barangan di dua khemah khas yang disediakan dengan empat kaunter bagi mengelakkan kesesakan dan tolak-menolak.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan orang ramai memanfaatkan Jualan Agro MADANI yang turut diadakan di lokasi sama dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Dalam pada itu, beliau menggalakkan orang ramai memanfaatkan Jualan Agro MADANI yang turut diadakan di lokasi sama dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Harga yang ditawarkan amat berpatutan, antaranya ayam RM10 seekor dan daging RM25. Malah ada tawaran ‘happy hour’ seperti pau enam biji pada harga RM1. Jangan lepaskan peluang ini,” ujarnya.