Kerajaan pastikan tiada kaum akan terpinggir
Kerajaan MADANI akan terus memastikan tiada kumpulan masyarakat yang terpinggir, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, bantuan pembangunan, pendidikan dan kebajikan disalurkan tanpa mengira kaum atau wilayah kerana kepemimpinan yang sebenar menuntut pemimpin merasai denyut nadi setiap rakyat, sama ada di kampung Melayu, perkampungan Cina, estet India atau pedalaman Sabah dan Sarawak.
Ketika lawatannya ke SMJKC Khantan Baru seempena Sambutan Tahun Baharu Cina, Anwar berkata keamanan dan perpaduan ialah prasyarat utama kemajuan negara.
“Negara yang dihuni pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India serta masyarakat Sabah dan Sarawak adalah keunikan kita yang wajib dipelihara.
“Semangat Tahun Kuda yang melambangkan keberanian, ketangkasan dan daya tahan harus menjadi pemangkin untuk kita terus melangkah maju sebagai sebuah bangsa yang bersatu, berdaya saing dan berdaya tahan menghadapi cabaran.
“Dengan semangat Gong Xi Fa Cai, mari berssma mengangkat Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang demi masa depan generasi akan datang,” katanya.
BACA JUGA Akaun Facebook pun tak boleh urus, tutup saja parti