NAFAS: Daripada hujung tanduk akhirnya kini untung ratusan juta

OLEH MUHAMMAD AZMI JAMALUDIN

Dua tahun lepas, ramai yang menyangka NAFAS akan terus terkubur tanpa harapan. 

Mana tidaknya dua tahun berturut-turut organisasi ini menanggung kerugian ratusan juta ringgit.

Pada tahun 2022, NAFAS mencatatkan kerugian sebanyak RM421 juta. Masuk tahun 2023, rugi lagi RM236 juta.

Dalam dunia korporat, apabila sesebuah organisasi sudah berdarah lebih RM600 juta dalam tempoh dua tahun, itu selalunya petanda ia sedang berada di hujung tanduk.

Namun tahun 2024 menjadi saksi kepada satu kebangkitan yang luar biasa. NAFAS bukan sekadar mampu bertahan (survive), malah mereka berjaya memecahkan rekod!

Hasil pengurusan dan tatakelola yang telus, NAFAS berjaya mencatatkan:

2024: Untung RM227 juta (Rekod tertinggi sejak ditubuhkan pada 1972!)

2025: Momentum kekal stabil dengan keuntungan RM201 juta.

Apa yang NAFAS buat sehingga berjaya naikkan semula NAFAS :

1. Jaminan Aliran Tunai (Cashflow)

Mereka berjaya secure kontrak input pertanian bernilai RM2.46 bilion untuk tempoh 2025–2028. Dalam industri yang bergantung pada musim, kontrak jangka panjang ini adalah nyawa untuk kestabilan operasi.

2. Disiplin Kewangan

Bukan senang nak kutip hutang lama tapi NAFAS berjaya kutip semula RM516 juta tuntutan bayaran. Ini bukti pengurusan kewangan mereka dah mula ada taring dan lebih tegas.

3. Menang Atas Merit Bukan Kabel

Ini poin paling mahal. NAFAS mula bertanding secara kompetitif melalui tender terbuka.

✅ 82% tender terbuka MADA dimenangi NAFAS.

✅ 87% tender Baja Rintis KPKM juga milik mereka.

Bila menang tender terbuka maksudnya harga dan servis memang terbaik dalam pasaran.

4. Rombak Bisnes Yang Sakit

Tengok saja model perniagaan ayam mereka. Dulu rugi terkumpul RM91.9 juta. Selepas dirombak dan diringkaskan sekarang dah jadi penyumbang untung sebanyak RM7.8 juta!

Kenapa Kita Perlu Peduli ?

Sebab NAFAS adalah nadi pesawah. Bila sistem input (baja & benih) stabil, pesawah kita tenang. 

Bila NAFAS buat untung, setiap ringgit itu sebenarnya mengalir balik ke sawah melalui program subsidi dan insentif (SBPKP, SIPP, SBRPB) yang mencecah RM555.36 juta untuk separuh pertama 2025 sahaja.

Ini mesej jelas untuk semua GLC dan organisasi di luar sana. Bila pengurusan betul, sistem yang rosak pun boleh dipulihkan.

Syabas Pertubuhan Peladang Kebangsaan – NAFAS

BACA JUGA Siapa ketua pembangkang? Bersatu belum putuskan