Pas ditempelak ‘try hard’ nak tunjuk paling harmoni, tergamak ‘tunggang’ budak Pasti
Pas dihujani kritikan dan sindiran warganet apabila dilihat terlalu ‘try hard’ untuk menunjukkan partinya bersifat harmoni ketika perayaan Tahun Baharu Cina hari ini.
Reaksi orang ramai tersebut berhamburan susulan hantaran Pemuda Pas berkenaan murid-murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di bawah kendaliannya yang kononnya tular menyantuni komuniti Cina.
“Pas tidak pernah mengajar ahlinya politik sempit perkauman.
“Kita semua sayangkan perpaduan. Happy CNY (Tahun Baharu Cina)!” menurut hantaran sayap parti komponen Perikatan Nasional (PN) tersebut.
Susulan itu, pengguna Facebook, Qlin Arif berpendapat Pas begitu terdesak sehingga mengerahkan anak-anak Pasti pergi ke rumah kaum Cina demi content.
“Setahun mengata macam-macam pada orang Cina dan India, sampai waktu perayaan, mereka yang paling harmoni,” tempelaknya.
Malah, Vchard Liew secara sinis berkomentar, “Lepas CNY, sambung hentam…” manakala Zamrin Usman berkata, “Itu tanda PRU (pilihan raya umum) dah dekat”.
Selain itu, Muhd Izhar menegaskan bahawa pihak lain juga sudah lama menyantuni kaum bukan Melayu semasa musim perayaan mereka.
Namun, ujarnya, apabila pemimpin parti lain melakukan hal sedemikian, ada sahaja kecaman di pihak Pas.
“Bila orang lain buat, bab tulisan saja pun kena cop barua. Tang dia tak mengapa.. hancur agama saya Pas dok tunggang,” tegasnya.
Dalam masa sama, ramai juga menyifatkan sikap Pas yang ‘mesra perayaan’ kaum lain hanyalah bermusim.
“Besok-besok kalut semula… rakyat bersama PMX betulkan semula Malaysia,” kata Tajudin Sahanan pula.
BACA JUGA Lebih 8,000 peniaga sertai Bazar Ramadan Rahmah, ini cara ketahui 95 lokasi BRR