Ahli Bersatu dipecat, ahli Bersekutu Bersatu macam mana pula?

Umum sudah mengetahui bahawa 17 pemimpin pelbagai peringkat telah dipecat dari Bersatu.

Yang peliknya tiada yang dipecat dari Bersekutu Bersatu – sayap ahli Bersatu bukan Melayu, bukan Islam.

Laporan media melaporkan bahawa ketua Bersekutu Bersatu Dr Chong Fat Full keluar parti empat hari lalu.

Beliau turut mendakwa bahawa satu pertiga ahli Bersekutu Bersatu turut sama menuruti langkahnya.

Naib ketua Bersekutu Bersatu R Sri Sanjeevan, walau bagaimanapun, mempertikaikan bilangan tersebut.

“Tiada yang dipecat. Hanya 20 ahli Bersekutu Bersatu keluar,” katanya kepada Harapan Daily.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan anggota Bersekutu yang telah dipecat.

BACA JUGA: Hamzah buat parti baharu, PN bakal terkubur?