Bahagian Bersatu dibubarkan? Dakwaan berniat jahat, kata Azmin
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menafikan dakwaan bahawa Bersatu bahagian Larut, Lembah Pantai, Kepala Batas dan Tanjong telah terbubar/
Beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai sesuatu yang berniat jahat dan bertujuan merosakkan imej Bersatu.
“Perlembagaan parti tidak memperuntukkan kuasa kepada mana-mana ahli parti, termasuk ketua bahagian, untuk membubarkan bahagian.
“Ini adalah tindakan terdesak segelintir individu yang berniat jahat untuk merosakkan imej dan maruah parti serta menggugat kestabilan parti,” katanya.
Timbalan ketua Bersatu Larut Mohd NOh Md Daud telah mengumumkan pembubaran Bersatu Larut. Bersatu Larut sturut dianggotai oleh mantan timbalan presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat pada 14 Feb.
Bersatu Lembah Pantai juga telah mengumumkan pembubaran bahagian pada hari sama
Seramai 17 tokoh pimpinan telah dipecat termasuk Hamzah.
Turut dipecat ialah ahli MPT yang juga Anggota Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Anggota Parlimen Gerik Fathul Huzir Ayob, dan Anggota Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan.
Dua Adun yang dipecat ialah Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik, Perak) dan Dr Mohd Yadzil Yaakub (Bemban, Melaka), yang juga ketua pembangkang negeri itu.
Selain itu, sembilan ketua bahagian Bersatu yang dipecat ialah Mohd Hassuandi Hamzah (Larut); Yunus Nurdin (Libaran); Abdul Aziz Ismail (Dungun); Ahmad Nasir Mid (Selayang); Ahmad Ishak (Gopeng); Kamaruddin Majid (Teluk Intan); Zulkifli Bujang (Johor Bahru); Ramlan Meon (Tangga Batu) serta Mhod Yunus Mhd Yusop (Tapah).
Turut dipecat ialah Ketua Srikandi Muda Bersatu Sabah Nabila Norsahar, dan Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat Mohamad Shafiq Abdul Halim.
BACA JUGA: Hamzah buat parti baharu, PN bakal terkubur?