Semua pakat guna alasan dakwah belaka
Oleh ZOLKHARNAIN ABIDIN AL-ABYADHI
Pakat guna alasan dakwah belaka. Pasang speaker luar sampai ganggu orang sakit nak berehat, guna alasan dakwah.
Pacak khemah di tengah laluan orang ramai, guna alasan dakwah. Karaoke dengan perempuan sampai pagi, guna alasan dakwah.
Buka pusat tahfiz untuk tuan punya pakai Vellfire, guna alasan dakwah. Buat kuliah maki orang dalam masjid, guna alasan dakwah.
Jerkah orang kelepang kelepang dalam khutbah Jumaat, guna alasan dakwah. Doa kemusnahan untuk sesama Muslim, guna alasan dakwah.
Boikot syarikat besar tempat anak muda bekerja, guna alasan dakwah. Main sentimen bangsa agama, guna alasan dakwah.
Pakai baju Cina ada gambar naga masa raya Cina, guna alasan dakwah.
Guna saja alasan dakwah, langgar undang-undang pun boleh, menyusahkan orang pun boleh.
Untuk raih undi pun boleh. Saya tulis macam ini pun, guna alasan dakwah juga.
BACA JUGA Tiada makna puasa jika hati hitam