Mahiaddin jadi timbalan, Hadi berundur?
Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin kini telah dilantik sebagai timbalan pengerusi Perikatan Nasional manakala presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang pula berundur dari Majlis Tertinggi Perikatan Nasional, umum timbalan setiausaha agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
“Saya dimaklumkan Bersatu bahawa Muhyiddin dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PN.
“Semua jawatan timbalan kekal kecuali Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang tidak berhasrat berada dalam MT,” katanya dalam satu siding media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PN.
“Beliau (Hadi) akan kekal di dalam Majlis Presiden,” katanya lagi.
Takiyuddin yang juga setiausaha agung Pas mengesahkan bahawa Pas akan mengambil alih jawatan ketua pembangkang susulan pemecatan Datuk Seri Hamzah Zainudin oleh Bersatu.
“Perkara itu ada dibangkitkan dan telah diputuskan supaya diberi sedikit masa difikirkan perkara itu terutama apabila secara rasminya pihak parti-parti anggota ini bersetuju kerusi ketua pembangkang dipegang oleh Pas sebagai parti terbesar dalam Parlimen.
“Tetapi, belum ada keputusan lagi kerana Pas memerlukan sedikit masa untuk meneliti perkara ini,” katanya.
BACA JUGA: Akhirnya pengerusi PN telah dilantik