Kenapa saf jemaah wanita selalu lompong macam ini?
Setiap tahun isu saf jemaah wanita yang lompong dan banyak ruang kosong di antara satu sama lain menjadi perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat.
Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan di mana jemaah wanita paling ramai dilihat pada waktu ini untuk menunaikan solah teraweh.
Dia media sosial, pengguna memuat naik foto keadaan saf jemaah wanita di sebuah masjid yang lompong di sana dan sini.
Mereka membangkitkan isu sama bagaimana kesalahan ini berulang setiap tahun.
Mungkin kerana tidak mahu duduk bersama rakan-rakan sehingga malas berganjak atau malas mahu mengangkat sejadah menjadi faktor saf wanita tidak rapat seperti saf lelaki.
Walau bagaimanapun, alasan-alasan seperti ini sepatutnya tidak boleh diguna pakai kerana ia jelas melanggar hukum yang sebenar sebagaimana sabda Nabi SAW, luruskan saf-saf kamu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian daripada kesempurnaan solat berjemaah
Beberapa pengguna dalam kalangan orang lelaki turut tertanya-tanya mengapa jemaah wanita sangat susah untuk merapatkan saf.
Ada yang mendakwa keadaan itu berpunca daripada sikap segelintir jemaah sendiri.
BACA JUGA Warganet korek siapa Exco Terengganu ditahan kerana salah guna jawatan