Ringgit akhirnya tembus paras tertinggi dalam tempoh 8 tahun
Setelah lebih seminggu ringgit berada pada paras sekitar RM3.89-RM3.90, hari ini mata wang negara berjaya menembusi paras paling tinggi dalam tempoh lapan tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) iaitu RM3.88.
Pada sesi pembukaan dagangan hari ini, ringgit meningkat kepada 3.8835/9065 berbanding dolar AS daripada 3.8995/9055 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Menurut Bernama, peningkatan ini disokong oleh data ekonomi domestik yang kukuh dan prospek pertumbuhan AS yang lemah berikutan pasaran menilai ketidaktentuan baharu berkaitan dasar tarif Washington.
Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.5162/5314 daripada 2.5092/5132 semasa ditutup pada Jumaat lepas, menurun berbanding pound kepada 5.2540/2851 daripada 5.2511/2591 dan rendah berbanding euro kepada 4.5946/6218 daripada 4.5882/5952 sebelum ini.
Namun, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0712/0899 daripada 3.0724/0774 pada Jumaat lepas, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 229.9/231.4 daripada 230.8/231.3 dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 6.68/6.72 daripada 6.70/6.72.
BACA JUGA ‘Janganlah asyik nak spin…’ – Tengku Zafrul letih nak layan Rafizi