Dah cecah RM3.87 berbanding dolar AS, paras tertinggi dalam lapan tahun
Ringgit terus memacu ke paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun, didorong sentimen pasaran global yang semakin pulih serta peningkatan selera risiko dalam kalangan pelabur.
Mata wang tempatan mengukuh melepasi paras psikologi RM3.90 sebelum ini dan seterusnya diniagakan sekitar RM3.88.
Pada jam 8 pagi ini, ringgit mengukuh kepada 3.8790/9010 berbanding dolar AS, berbanding penutupan semalam pada 3.8885/8925.
Unit tempatan itu kali terakhir didagangkan pada paras berkenaan pada 13 April 2018, apabila berada pada 3.8785/8815.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, dipetik berkata ringgit telah meningkat 0.31 peratus berbanding dolar AS sejak semalam.
BACA JUGA Boleh pula Exco Terengganu ditahan SPRM kekal jalankan tugas?