Penyokong pembangkang kata ringgit mengukuh selepas Dr Sam jadi Pengerusi PN
Seorang penyokong pro pembangkang mendakwa pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) telah menyebabkan lonjakan pada nilai ringgit.
Individu itu mengaitkan bahawa pengukuhan ringgit ini berlaku selepas pelantikan Pengerusi PN baharu.
“Fuh padu betul. Selepas pengumuman pelantikan Dr Sam sebagai Pengerusi PN, ringgit terus mengukuh. Alhamdulillah.
“Untungnya rakyat Malaysia pergi haji tahun ini. Ringgit berbanding Riyal pun meningkat. Terima kasih Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dan Dr Sam,” tulisnya di akaun Threads.
Tidak pasti sama ada ia adalah hantaran berbaur sinikal atau tidak.
Namun individu tersebut dilihat agak kerap memuat naik hantaran yang menyerang pentadbiran PMX dan penyokong kerajaan, selain mempertahankan PN terutama Pas.
BACA JUGA Hamzah fail saman RM100 juta terhadap Redzuan