Samsuri bukan calon PM, kata Tuan Ibrahim
Walaupun Pas menamakan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), namun ia bukanlah untuk mengangkat Menteri Besar Terengganu itu sebagai calon Perdana Menteri.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelantikan itu juga bukan bertujuan untuk menjadikan Ahmad Samsuri sebagai ‘poster boy’.
Memetik Utusan Malaysia, Tuan Ibrahim berkata pelantikan Ahmad Samsuri adalah lebih kepada untuk memperkasa PN dengan membina semula kekuatan dari akar umbi di seluruh negara.
Pada 22 Februari, empat presiden parti gabungan PN mengumumkan pelantikan Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN baharu bagi menggantikan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.
Mesyuarat meluluskan peletakan jawatan Mahiaddin sebagai Pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Januari 2026.
BACA JUGA Dewan Rakyat kecoh, MP Pas tergagap nak jawab selepas diasak soalan