Aplikasi janji temu songsang – apa tindakan kerajaan?

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti Langkah perundangan untuk membendung aplikasi janji temu songsang seperti Grindr dan Blued.

“Untuk makluman, laman sesawang (website) seperti Grindr dan Blued telah disekat oleh MCMC, dan setakat ini MCMC tidak menerima permohonan untuk menurunkan aplikasi janji temu tersebut daripadagedung-gedung aplikasi.

” Walau bagaimanapun, MCMC sedang meneliti beberapa langkah perundangan bagi membendung aplikasi-aplikasi ini,” kata beliau dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.

Beliau menjelaskan kawalan ke atas aplikasi di platform seperti Google Play dan Apple Stor adalah tertakluk kepada dasar dan peraturan penyedia platform berkenaan.

“Kawalan ke atas aplikasi-aplikasi di platform seperti Google Play dan Apple Store adalah tertakluk kepada dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh penyedia platform berkenaan, memandangkan kedua – duanya adalah milik syarikat-syarikat asing yang beroperasi dan berpangkalan di luar negara.

Fahmi berkata MCMC akan mengambil tindakan berikut sekiranya mana-mana aplikasi digunakan untuk menyebarkan kandungan terlarang atau menjalankan aktiviti terlarang.

(a) mengemukakan permohonan penurunan kandungan kepada platform atau gedung aplikasi berkaitan;
(b) memohon sekatan akses ke atas kandungan atau perkhidmatan berkenaan; dan
(c) menyalurkan maklumat kepada agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

BACA JUGA: Mari kita berlumba jaga kepentingan parti, bukan agenda peribadi