Krisis Bersatu di Melaka, Radzi Jidin jadi bidan terjun

Krisis Bersatu berterusan hinggakan pimpinan pusat terpaksa menjadi bidan terjun di peringkat negeri.

Susulan peletakan jawatan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik sebagai ketua Bersatu Melaka Bersama lima ketua bahagian di Melaka, naib presiden Bersatu Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin telah dilantik sebagai ketua Bersatu Melaka.

Pelantikan ini berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha agung parti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dalam satu kenyataan, berkata Radzi mempunyai pengalaman dan kualiti kepimpinan yang diperlukan untuk membina barisan pemimpin baru yang sesuai dengan keperluan parti.

Radzi yang juga ialah Ahli Parlimen Putrajaya ditugaskan untuk membentuk semula barisan kepimpinan di peringkat bahagian di negeri Melaka. Ia akan melibatkan pimpinan akar umbi termasuk belia dan profesional.

Untuk rekod, ketua pembangkang Dr Yadzil Yaakub yang juga Adun Bemban merupakan salah seorang daripada pimpinan Bersatu yang dipecat.

Beliau merupakan anggota yang menyokong ketua pembangkang dan bekas timbalan presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin.

BACA JUGA: Bahagian Bersatu dibubarkan? Dakwaan berniat jahat, kata Azmin