Banyak pula bekalan minyak masak dekat pasar raya sejak guna eCoss
Sejak pelaksanaan pembelian minyak masak paket menerusi sistem eCOSS, pelanggan mula merasai keberkesanannya apabila bekalan bersubsidi itu kini lebih mudah dicari di pasar raya.
Seorang pengguna media sosial, memuat naik foto di kumpulan Facebook penduduk sekitar Johor Bahru, memaparkan lambakan minyak masak paket di pasar raya yang sebelum ini amat sukar diperoleh.
Lebih 20 kotak minyak masak paket disusun untuk kemudahan pelanggan membeli.
“Dah guna eCoss ini tiba-tiba banyak pula minyak masak paket. Lokasi Maslee, Setia Indah,” kongsinya.
Sementara itu di X pula, pengguna bernama Syahir turut mengakui stok bekalan minyak masak di kedai-kedai runcit di kawasan perumahannya juga agak banyak sejak kebelakangan ini.
Dia percaya, jika tiada ketirisan dan penyeludupan, stok minyak masak paket sememangnya cukup untuk penggunaan rakyat Malaysia.
“Ha betul la tu. Kedai-kedai runcit dekat kawasan rumah aku pun banyak stok minyak masak paket sejak kebelakangan ni.
“Kalau tak ada ketirisan dan penyeludupan, memang patut pun stok sentiasa cukup sebab kerajaan bekalkan kuota 60,000 tan setiap bulan untuk minyak masak 1kg paket bersubsidi ni.
“60,000 tan bersamaan 60 juta paket sebulan. Tak logik tak cukup untuk rakyat Malaysia,” katanya
Biarpun akuinya agak leceh untuk menggunakan sistem eCoss kerana perlu melalui proses kelayakan, tetapi ia berjaya mengurangkan ketirisan di peringkat runcit.
Kerajaan menggunakan sistem eCoss bagi memastikan bekalan subsidi sampai kepada golongan sasar, terutamanya B40 dengan lebih adil, telus dan sistematik.
Ia mengurangkan ketirisan,penyelewengan, mengehadkan pembelian (biasanya 3 paket/transaksi), dan merekodkan data rantaian bekalan dari pengilang hingga pengguna.
BACA JUGA Betul ke dakwaan Malaysia kena tarif dua kali ganda? Apa cerita sebenarnya?