Pujian kepada 2 menteri, musim perayaan kali ini rak pasar raya tak kosong

Ketika kebimbangan terhadap kenaikan harga dan kekurangan bekalan semasa musim perayaan, situasi kali ini ternyata berbeza apabila stok barangan mentah kekal stabil sepanjang sambutan Tahun Baru Cina dan awal Ramadan. 

Keadaan terkawal di pasaran ini sekali gus menuai pujian terhadap usaha dua orang menteri yang berjaya memastikan keperluan asas rakyat sentiasa mencukupi.

ADUN lantikan Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramli berkata, kredit perlu diberikan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu serta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Armizan Mohd Ali yang berjaya mengemudi keperluan rakyat di musim perayaan.

“Pujian kepada dua menteri. Perkara yang saya rasa kita perlu berikan kredit adalah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Datuk Armizan yang berjaya mengemudi keperluan rakyat di musim perayaan.

“Kalau zaman Perikatan Nasional, telur hilang, ayam melambung, minyak masak melampau. Ade je penyakit harga barang melambung atau keperluan rakyat yang tiada

“Zaman sekarang ini boleh pula mereka buat Jualan Rahmah merata rawa..,” ujarnya.

Berbeza dengan hari ini kata beliau, bekalan asas jauh lebih mudah diperoleh di pasaran sehingga kerajaan mampu menganjurkan program Jualan Rahmah secara meluas di pelbagai lokasi.

BACA JUGA Tragedi pagi Ramadan, lima sekeluarga rentung dalam kebakaran rumah