Surat tunjuk sebab kepada Rafizi kerana mahu pertahan Pandan tanpa PKR
Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh telah mengemukakan surat tunjuk sebab bertarikh 23 Februari kepada mantan timbalan presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli.
Surat tersebut dikemukakan ekoran pengumuman Rafizi bahawa beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Pandan dalam PRU16 walaupun tanpa sokongan PKR.
Rafizi dikehendaki mengemukakan penjelasan bertulis dalam tempoh lima hari.
Fuziah turut menambah bahawa Rafizi boleh dilucutkan keanggotaan parti menurut Fasal 9 perlembagaan parti, khasnya Fasal 9.1 (c).
Dalam responnya Rafizi mendakwa bahawa presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang cuba menekannya untuk keluar sendiri daripada parti supaya dia tidak perlu dipecat dan kekal sebagai wakil rakyat.
Jelas Rafizi, kenyataannya sebelum ini hanyalah perancangan apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan dia tidak lagi terikat dengan Akta Anti-Lompat Parti.
“Setelah saya tidak lagi menjadi ahli parlimen, memang terpulang kepada saya nak buat apa.
“Selagi saya ahli parlimen dan saya tidak menghantar surat keluar dari parti, atau saya tidak mengisytiharkan saya telah menyertai parti lain, maka saya kekal sebagai anggota PKR dan Speaker tidak boleh memecat saya dari Parlimen,”
Beliau juga memberi jaminan akan memberikan penjelasan bertulis.
BACA JUGA: Pemimpin DAP cerita perangai Rafizi ketika jadi Menteri Kabinet