Polis siasat cubaan jatuhkan kerajaan secara sabotaj oleh orang berpengaruh
Polis sedang menyiasat komplot untuk menjatuhkan kerajaan dan sabotaj kestabilan nasional yang melibatkan seorang pempengaruh tempatan dan agensi media antarabangsa.
Menurut Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail penyiasatan telah dimulakan berdasarkan laporan polis yang dibuat semalam.
Kes sedang disiasat oleh Unit Penyiasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang , Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Pempengaruh dan agensi media tersebut tidak dinamakan.
Khalid berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan yang menjenayahkan aktiviti memudaratkan amalan demokrasi berparlimen.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan selama 20 tahun.
BACA JUGA: Jho Low dikeluarkan daripada Notis Merah Interpol?