Agong gering, batalkan semua majlis termasuk berbuka puasa
Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim gering, umum Istana Negara.
Baginda mengalami kesakitan musculoskeletal (sakit otot dan tulang) di bahagian belakang dan pinggul
Selaras dengan itu, semua majlis melibatkan baginda telah dibatalkan, termasuk majlis berbuka puasa.
“Seri Paduka Baginda dinasihatkan oleh pakar perubatan supaya berehat dan tidak berangkat ke sebarang majlis bagi memberi ruang kepada proses rawatan dan pemulihan,” kata Istana Negara dalam satu kenyataan.
Baginda juga tidak dapat menghadiri majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, perwakilan asing dan pegawai kerajaan di Istana Negara kelmarin.
Perasmian Masjid Universiti Pertahanan Malaysia telah ditangguhkan ke tarikh lain.
BACA JUGA: Konflik Pas – Bersatu akan berterusan meskipun pengerusi PN sudah dipilih