AMANAH kecam sekeras-kerasnya serangan Israel, AS terhadap Iran

AMANAH mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran. 

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, serangan yang ini bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan mengancam ketidakstabilan serantau yang sudah rapuh. 

Beliau juga mendesak supaya sebarang tindakan yang tidak bertamadun dan berperikemanusiaan hendaklah dihentikan serta-merta. 

“Serangan ini tidak seharusnya berlaku di tengah-tengah rundingan sedang berlangsung di Geneva di mana Israel dan Amerika Syarikat sepatutnya menghormati proses rundingan. 

“AMANAH turut mendesak semua negara Arab untuk memutuskan hubungan dengan Israel sebagai solidariti kepada Iran supaya keganasan di rantau Timur Tengah dihentikan segera,” katanya.

Pada masa sama beliau menyeru semua pihak untuk menegakkan prinsip keadilan dan keamanan bagi mengelak kegawatan di Timur Tengah berterusan.