Terkini KWSP umum dividen 6.15 peratus untuk simpanan konvensional dan shariah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2025 sebanyak 6.15% bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah.

Bagi Simpanan Konvensional, ia akan membabitkan jumlah agihan sebanyak RM67.1 bilion, manakala Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan sebanyak RM12.5 bilion.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan agihan untuk tahun 2025 adalah sebanyak RM79.6 bilion.

Bagi tahun kewangan 2024, KWSP mengumumkan dividen 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 6.3 peratus bagi Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan melebihi RM73.24 bilion, sekali gus memberi pulangan kompetitif kepada pencarum.

Bagi tahun 2023 pula, KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 5.50 peratus bagi Simpanan Konvensional, manakala dividen Simpanan Shariah adalah sebanyak 5.40 peratus

BACA JUGA AGC seru siasatan bebas dakwaan guling kerajaan, ambil tindakan tak kira kedudukan