AS papar pelancaran peluru berpandu, lebih 200 syahid di Iran
Tentera Amerika Syarikat (AS) menyatakan mereka sedang “melaksanakan tindakan pantas dan tegas”.
Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) menegaskan perkara tersebut menerusi platform X pagi ini.
Turut dikongsi rakaman video yang memaparkan pelancaran peluru berpandu serta serangan terhadap sasaran.
“Rejim Iran telah diberi amaran.
“CENTCOM kini melaksanakan tindakan pantas dan tegas seperti yang diarahkan,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, serangan AS–Israel terhadap Iran menyaksikan sekurang-kurangnya 201 terbunuh manakala 747 orang cedera.
Angka tersebut merangkumi orang awam dan individu berkaitan sasaran serangan, termasuk kematian Ayatollah Ali Khamenei serta beberapa ahli keluarga Pemimpin Tertinggi Iran itu.
Al-Jazeera menegaskan jumlah korban dijangka meningkat memandangkan operasi ketenteraan dan kerja menyelamat masih berlangsung.
BACA JUGA Pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei terbunuh, lapor media Iran