Malaysia kutuk keras Amerika, Israel yang serang Iran
Malaysia dengan mengutuk keras serangan rejim zionis Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu siding Parlimen hari ini.
PM Anwar juga merakamkan takziah kepada Republik Islam Iran, terutama atas pemergian syahid Ayatollah Ali Khamenei, seluruh keluarga mangsa, para pemimpin serta komuniti pendidikan yang terbunuh akibat serangan bom oleh rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat.
Ini termasuk Brigadier Jeneral Aziz Nasirzadeh – Menteri Pertahanan dan Mahmoud Ahmadinejad – Bekas Presiden Iran serta pimpinan angkatan bersenjata Iran.
“Maka kepada mereka, termasuk rakyat serta 180 kanak-kanak di Minab yang terkorban, saya mohon Dewan menghadiahkan Al-Fathihah dan kepada rakan-rakan yang lain untuk bertafakur sejenak,” kata Anwar.
Katanya, Malaysia berpandangan bahawa tindakan ketenteraan yang berterusan ke atas negara bebas dan merdeka Iran, betapa pun perbezaan dasar dan sikap terhadap negara tersebut bertentangan dengan prinsip yang disepakati oleh dunia.
“Dan tindakan ketenteraan berterusan itu tentunya berisiko malah telah bermula menyebabkan ketegangan, eskalasi lebih besar dan menggugat kestabilan serantau terutama negara-negara Teluk yang semuanya atau kebanyakkannya diheret dalam kancah peperangan akibat dari serangan yang dimulakan oleh Israel yang bersekongkol dengan Amerika Syarikat,” tambah beliau.
Lima MP Pembangkang iaitu Larut (Hamzah Zainudin), Kota Bharu (Takiyuddin Hassan), Indera Mahkota (Saifuddin Abdullah), Kubang Kerian (Tuan Ibrahim Tuan Man) dan Beluran (Ronald Kiandee) turut membahaskan usul yang dibuat oleh PM Anwar ini.
Namun Pengerusi PN yang baharu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang hadir ke sidang kali ini tidak bercakap.
Dua pemimpin utama pembangkang iaitu Pagoh (Tan Sri Mahiaddin Md Yassin) dan Marang (Tan Sri Abdul Hadi Awang) tidak hadir.
BACA JUGA Umno nasihatkan Rafizi, diam lebih baik