PKR gantung semua jawatan Fahmi Zainol, hantar surat kepada KM Pulau Pinang
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR telah mengambil keputusan menggantung semua jawatan Fahmi Zainol, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam parti itu berkuatkuasa serta merta.
Ia ekoran isu pendakwaan ke atas pemimpin muda PKR itu, kata Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh.
Beliau juga memaklumkan, satu surat telah dihantar kepada Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai perkara itu.
Fahmi Zainol, didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulaudua hari lepas atas pertuduhan memukul isterinya dalam kejadian 22 Februari lepas.
Fahmi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Chia Huey Ting.
Sehingga kini, Fahmi berkata, beliau tidak bercadang untuk meletakkan jawatan dari Exco Pulau Pinang.
BACA JUGA CEC DAP kecam serangan AS-Israel, gesa genjatan senjata dipatuhi