82% mahu Anwar kekal PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan lebih 82 peratus untuk dipilih menjadi Perdana Menteri berbanding tiga lagi calon.
Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh seorang pempengaruh yang menggunakan nama ‘Jalalmisai’, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendapat 13 peratus, Tan Sri MahiaddinMd Yassin (3%) manakala Tan Sri Ahmad Zahid Hamidi (2%).

Dapatan itu berdasarkan 3,755 orang yang membuat undi kepada posting beliau itu.
“Selepas makin ramai artis dan pempengaruh up status isu ‘melalak’, cuba jawab jujur siapakah PM pilihan korang…” tanya Jalalmisai dalam posting di platform thread itu yang kini tular.
Dr Samsuri, MB Terengganu baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi PN selepas Mahiaddin meletakkan jawatan ekoran krisis di Perlis.
Beliau dikatakan bakal calon PM jika PN menang dalam pilihan raya umum akan datang.
BACA JUGA Samsuri wajar jadi Ketua Pembangkang, ‘poster boy’ PRU16 – Penganalisis