Hamzah bakal ambil alih Parti Keluarga Malaysia

Datuk Seri Hamzah Zainudin dikatakan sedang berunding untuk mengambilalih Parti Keluarga Malaysia.

“Berbincang dengan mereka bagaimana kalau kami ambil-alih parti tersebut. Ada perbincangan,” kata Hamzah sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.

Beliau diminta mengesahkan laporan Berita Harian yang memetik pengasas Parti Keluarga Malaysia, Khairi Jaya.

Khairi dilaporkan mendakwa pengambilalihan itu “hampir 90 peratus pasti” berdasarkan perbincangan terkini dengan Hamzah dan ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan.

Hamzah dipecat daripada Bersatu pada 13 Feb susulan perebutan kepimpinan sengit dengan presiden parti, Muhyiddin Yassin.

Sehari kemudian, Hamzah melancarkan gerakan “Reset” yang setakat ini mencetuskan peletakan jawatan beramai-ramai dalam kalangan pemimpin peringkat bahagian di seluruh negara.

Wan Saiful pula dipecat pada 14 Oktober 2025. Mereka mendakwa, 16 ahli Parlimen PN akan bersama-sama dengan mereka.

BACA JUGA Samsuri wajar jadi Ketua Pembangkang, ‘poster boy’ PRU16 – Penganalisis