Perang Iran US Israel tidak jejaskan bekalan makanan ke Malaysia
Perang yang berlaku di Timur Tengah sekarang tidak menjejaskan bekalan makanan ke negara ini kerana negara-negara berkenaan bukan pengeksport makanan utama ke Malaysia.
Namun begitu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, jika perang berterusan dan mengambil masa yang pajang, kesan akan ada kepada Malaysia.
“Misalnya jika harga minyak naik, maka harga untuk penghantaran makanan akan meningkat.
“Ketika itu, harga makanan yang kita import akan naik,” kata Mohamad dalam sidang media di perkarangan Wisma Tani hari ini.
Menurut Mohamad, pengesport makanan utama ke Malaysia adalah India, Brazil dan negara-negara lain yang tidak terlibat dalam perang yang berlaku sekarang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Wisma Tani hari ini bagi menyertai Program Ihya’ Ramadhan di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
PM Anwar telah mengadakan perbincangan dan memberikan beberapa arahan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
“PM telah luangkan masa yang agak lama berbincang dengan kementerian tentang keterjaminan makanan dan pertanian.
“Perjalanan majlis berlaku dengan baik dan mesra.
“Lawatan ini amat membawa erti kepada kami dan mendapat arahan secara umum dan menyeluruh dari PM kepada kementerian,” kata Mohamad.
BACA JUGA Pesan Mat Sabu kepada Pemuda AMANAH