Sany Hamzan ajak penduduk kacau 101 kawah dodol

Pelbagai cara wakil rakyat meraikan penduduk kawasan masing-masing menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.

Bagi Ahli Parlimen Hulu Langat yang terkenal garang di Parlimen, Sany Hamzan, beliau mengajak penduduk kawasannya mengacau dodol beramai-ramai.

“Langek kacau Dodol Madani 2.0 101 kawah.

“101 kawah dodol dikacau serentak,” kata Sany dengan mengajak penduduk di Kawasan Hulu Langat menyertai beliau.

Ia akan berlaku pada 14 Mac, Sabtu ini di Padang Stadium Mini, Pekan Batu 14, Hulu Langat mulai jam 4 petang hingga selesai.

“Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah kemeriahan komuniti terbesar di Hulu Langat,” kata satu poster yang dikeluarkan oleh pejabat Sany.

BACA JUGA Datuk Bandar KL buat reformasi dalam tadbir urus