Program Ihya’ Ramadan KPKM diimarahkan dengan tazkirah Mufti Wilayah dan solat zohor berjemaah

FOTO BERITA: Sesi Tazkirah Ramadan oleh Sahibus Samahah ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia sempena Program Ihya’ Ramadan bersama YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Turut hadir YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri KPKM di Dewan Serbaguna KPKM, Wisma Tani Presint 4, Putrajaya. 5hb Mac 2026 (Khamis)

Program Ihya’ Ramadan bersama Anwar Ibrahim di Wisma Tani hari ini diimarahkan dengan sesi tazkirah Ramadan oleh Ahmad Fauwaz Fadzil Noor serta solat Zohor berjemaah bersama warga kementeria

Dalam tazkirahnya, Ahmad Fauwaz menekankan kepentingan menghayati bulan Ramadan sebagai medan memperkukuh keimanan, meningkatkan amal ibadah serta memupuk nilai integriti dan amanah dalam kehidupan seharian.

Program Ihya’ Ramadan tersebut merupakan antara usaha KPKM dalam menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan dalam kalangan warga kementerian melalui pengisian kerohanian, termasuk sesi tazkirah, bacaan doa serta solat zohor berjemaah diimamkan oleh Ahmad Fauwaz Fadzil

Dalam tazkirahnya, Ahmad Fauwaz menekankan kepentingan menghayati Ramadan sebagai bulan memperkukuh hubungan dengan Allah SWT melalui peningkatan ibadah, keikhlasan dalam bekerja serta memperbanyakkan amalan kebajikan.

Beliau turut mengingatkan bahawa Ramadan merupakan madrasah tarbiah yang mendidik umat Islam untuk membentuk disiplin diri, mempertingkatkan integriti serta memupuk sikap ihsan dalam kehidupan seharian termasuk dalam melaksanakan amanah tugas.

Program tersebut diteruskan dengan solat Zohor berjemaah yang disertai oleh Perdana Menteri, menteri serta warga KPKM sebagai simbol penyatuan dan pengukuhan nilai spiritual dalam kalangan penjawat awam.

Sebelum ini PM Anwar telah mengadakan perbincangan dan memberikan beberapa arahan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Penganjuran Program Ihya’ Ramadan ini merupakan antara inisiatif KPKM bagi menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan melalui pengisian kerohanian, sekali gus memperkukuh nilai murni dalam budaya kerja warga kementerian.
