Program Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan 1447H perkukuh kebajikan asnaf di Hulu Langat

FOTO BERITA: Program Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan 1447H/2026M Daerah Hulu Langat bersama YB Dato’ Ir. Izham Hashim, EXCO Infrastruktur Negeri Selangor di Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan Dalam 5hb Mac 2026 (Khamis)

HULU LANGAT, 5 Mac 2026 (Khamis) — Program Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan 1447H/2026M bagi Daerah Hulu Langat telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, dengan kehadiran Izham Hashim, EXCO Infrastruktur Negeri Selangor

Program yang diadakan sempena bulan Ramadan ini bertujuan menyantuni masyarakat setempat serta mengeratkan hubungan antara pemimpin negeri dan penduduk, khususnya golongan yang memerlukan. Kehadiran orang ramai dari sekitar Kampung Pandan Dalam dan kawasan berdekatan turut memeriahkan majlis tersebut.

Dalam program berkenaan, pelbagai pengisian diadakan termasuk sesi penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf, fakir miskin serta keluarga yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat setempat sepanjang bulan Ramadan.

Menurut Izham Hashim, program seperti ini penting bagi memastikan kebajikan rakyat terus diberi perhatian, di samping memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Beliau turut menzahirkan harapan agar inisiatif Jelajah Sentuhan Kasih Ramadan ini dapat membantu meringankan beban golongan yang ñmemerlukan serta menyemarakkan lagi semangat Ramadan melalui amalan kebajikan dan ukhuwah dalam komuniti.
