Umno tawar bekas ahli dipecat, gantung kembali semula

Sempena Ramadhan tahun ini, Umno membuka pintu kepada semua bekas ahlinya yang pernah dipecat, digantung keahliannya untuk kembali kepada parti itu, kata presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Zahid berkata, Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin telah dibentuk untuk menyelaraskan proses dengan segera melalui tatacara yang bersesuaian menurut Perlembagaan Umno.

“Dalam semangat Ramadhan yang penuh rahmat dan keampunan, segala kekhilafan dan perbezaan yang lalu dimaafkan sepenuhnya. demi membuka lembaran baharu untuk memperkukuhkan kembali keluarga besar Umno,” kata Zahid dalam kenyataan itu.

“UMNO membuka pintu Rumah Bangsa ini seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat, digantung keahliannya atau mana-mana individu yang mahu bersama dengan perjuangan ini,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

“Dalam semangat Ramadan, segala kekhilafan dan perbezaan lampau akan dimaafkan sepenuhnya demi membuka lembaran baharu dan memperkukuh keluarga besar UMNO.

“Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menyelaraskan proses penyatuan ini mengikut tatacara yang bersesuaian dengan Perlembagaan UMNO.

“Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah Subhanahuwataala dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan tanahair, serta memastikan masa depan yang lebih baik untuk rakyat dan negara,” katanya.

Antara yang pernah dipecat oleh Umno adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini adalah Perdana Menteri Malaysia.

BACA JUGA Perebutan bayang-bayang kuasa: Samsuri, Mahiaddin dan politik gelojoh