PM Anwar ziarah Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang.
“Pagi ini saya ke utara tanah air untuk lawatan kerja di Pulau Pinang dan Kedah.
“Sebelum meneruskan jadual, saya singgah ke Hospital Pulau Pinang untuk menziarahi sahabat lama yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin.
“Alhamdulillah, beliau dalam keadaan baik dan kami sempat berbicara panjang.
“Saya turut menyampaikan salam Azizah kepada beliau dan keluarga, serta mendoakan afiyah dan kesembuhan segera buat Ustaz Hashim,” kata Anwar dalam facebook beliau.
Di hospital yang sama, Anwar turut menziarahi seorang jururawat Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam nahas jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
“Saya hargai pengorbanan petugas kesihatan yang begitu besar jasanya dalam menjaga dan berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.
Sebelum beredar, belau mendapatkan perkembangan projek naik taraf kemudahan di Hospital Pulau Pinang agar usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan terus berjalan lancar demi manfaat rakyat.
BACA JUGA Rekod pelaburan RM426.7 billion bukti keyakinan dunia kepada Malaysia