Dia bawa ke mahkamah, jadi jawab di mahkamah lah, kata PM kepada saman isteri Daim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan menjawab saman yang dikemukakan oleh janda Tun Daim Zainudin di mahkamah.

“Dia (Naimah) bawa ke mahkamah, jadi jawab di mahkamah lah,” kata Anwar ringkas Ketika ditanya wartawan selepas mahlis berbuka puasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) malam ini.

Ini ekoran dakwaan bahawa beliau terlibat dalam satu kospirasi politik untuk menjatuhkan kerajaan sedang dijalankan oleh orang tempatan dengan kerjasama agensi PR dan media asing.

Dalam majlis di Kulim hari ini, Anwar mendakwa golongan elit Malaysia menggunakan kekayaan mereka secara korup untuk mempengaruhi media antarabangsa, naratif dalam talian dan politik tempatan, dalam pada pentadbirannya sedang giat membanteras rasuah.

Berucap pada majlis berbuka puasa di Kulim, Anwar berkata, kenyataannya itu tidak hanya merujuk kepada pihak pembangkang, tetapi ‘semua pihak’.

“(Yang ada) dana yang besar ini mempengaruhi. Dan ini kita saksikan sekarang,” katanya.

“Sebab itu saya ingatkan … Jangan kita terjebak dan jadi perkakas. Kerana betapa pun kita berbeza pendapat, negara ini negara kita. Dan mesti kita selamatkan daripada pengaruh dari muslihat dan konspirasi asing.”

Anwar berkata, Malaysia mesti kekal tegas dalam menangani rasuah dan tidak mampu ‘ulangi kesilapan lalu’.

BACA JUGA PM Anwar ziarah Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin