Pangkalan tentera Amerika bukan lagi keselamatan tetapi ancaman
Tindakan negara-negara Arab khasnya negara Teluk membenarkan Amerika Syarikat membina pangkalan tentera di negara mereka asalnya untuk keselamatan tetapi apa yang mereka dapat sekarang adalah bala dan ancaman.
Bekas Presiden Rusia, Dmitry Medvedev (gambar bawah), menyatakan bahawa negara-negara Arab (Teluk) membenarkan Amerika Syarikat membina pengkalan tentera di negara mereka, mereka mengharap Amerika Syarikat melindungi mereka.

Namun, katanya yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia itu, Amerika Syarikat hanya menggunakan mereka, manakala hanya melindungi satu negara sahaja iaitu Israel.
“Berfikir panjang dan dalam dalam, sama ada anda benar-benar memerlukan pangkalan tentera Amerika Syarikat.
“Mereka (pangkalan tentera Amerika Syarikat) bukan perlindungan, ia adalah ancaman,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, media menyiarkan gerombolan kapal terbang Amerika meninggalkan sebuah negara Teluk selepas pengkalan mereka diserang oleh Iran.
BACA JUGA Malaysia, Qatar, Bahrain, UAE capai kata sepakat utamakan pendekatan damai