Rakyat Israel dilanda ketakutan, kajian Jerusalem Post
Oleh FATHI ARIS OMAR
Warga Israel dilanda ketakutan setelah serangan Iran. Mereka juga rasa keselamatan di negara itu makin tidak terjamin, menurut Jerusalem Post.
Kajian tersebut mendedahkan peningkatan mendadak dalam kebimbangan terhadap keselamatan peribadi selepas perang bermula.
Sebelum operasi ketenteraan itu, kira-kira 22 peratus rakyat Israel menyatakan kebimbangan yang tinggi terhadap keselamatan diri mereka.
Namun, selepas tercetusnya perang, angka ini meningkat dengan ketara kepada hampir 45nperatus, menunjukkan perubahan besar dalam persepsi awam mengenai kesejahteraan mereka ketika berada dalam keadaan perang.
Kebimbangan terhadap keselamatan negara juga meningkat dengan ketara.
Hampir 50 peratus rakyat Israel melaporkan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap keselamatan negara selepas perang tercetus, berbanding sekitar satu pertiga (33 peratus) sebelum konflik bermula.
Perubahan ini cerminkan peningkatan kegelisahan terhadap implikasi perang yang lebih luas.
Dari segi moral nasional, pandangan terhadap masa depan Israel turut berubah.
Sebelum perang, kira-kira 37 peratus rakyat Israel nyatakan rasa optimistik terhadap masa depan negara itu.
Selepas tercetusnya perang, angka ini meningkat dengan ketara kepada sekitar 50 peratus.
Kajian tersebut, dilancarkan pada 26 Februari 2026, pada asalnya bertujuan menilai sikap masyarakat di Israel terhadap pelbagai isu serta mengandungi soalan yang direka untuk mengukur tahap moral dan rasa keselamatan individu.
Selepas perang tercetus pada 1 Mac 2026, penyelidik mendapat peluang untuk mengkaji aspek-aspek ini dalam konteks perang dengan Iran.
Sampel akhir kajian itu melibatkan 3,217 responden, semuanya warganegara Israel berumur 18 tahun ke atas, yang mewakili komposisi demografi seimbang berdasarkan jantina, umur, agama, wilayah, dan kecenderungan politik.
- Ini adalah tulisan penulis di facebook beliau.
BACA JUGA Tulisan menarik tentang IRAN oleh seorang wartawan Israel, Alon Mizrahi
.