Kes Mahiaddin babit rasuah projek Jana Wibawa mula bicara esok

Perbicaraan kes Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin atas pertuduhan menggunakan kedudukan untuk menerima suapan berjumlah ratusan juta ringgit, dijadual akan bermula esok di Mahkamah Tinggi.

Beliau bakal dituduh atas empat dakwaan membabitkan. Projek Jana Wibawa.

Mengikut fakta kes, Mahiaddin didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Beliau juga berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu antara Februari 2021 dan Julai 2022.

Perbicaraan kes dijadualkan berlangsung pada 9 hingga 11 Mac; 13, 16, 28 dan 29 April; 25 dan 26 Mei; 6 hingga 10, 13 hingga 17 serta 27 hingga 29 Julai, dan bersambung pada 17 hingga 21 dan 26 serta 27 Ogos 2026.

Pada 10 Mac 2023, Mahiaddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan tersebut.

BACA JUGA Jurucakap tentera Iran dakwa 220 tentera AS terbunuh dalam tempoh 24 jam