Azizulhasni tewaskan Israel dalam ‘perang’ di trek basikal
Datuk Mohd Azizulhasni Awang berjaya menewaskan pelumba Israel, Mikhail Yakovlev 2-0 di Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2026 di Perth, Australia semalam.
Beliau meraih pingat gangsa dalam acara pecut individu dalam aksi yang berlangsung di Velodrom Speed Dome.
Jaguh berbasikal trek negara yang diberi jolokan The Pocket Rocketman itu mempamerkan kayuhan bertenaga meninggalkan pelumba negara haram itu dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Pencapaian Azizulhasni itu adalah pingat kedua pelumba berusia 38 tahun berkenaan selepas meraih emas dalam acara keirin kelmarin.
Terdahulu, hasrat Azizulhasni untuk mara ke final acara pecut individu tidak kesampaian apabila tumpas kepada pelumba Britain, Matthew Richardson 2-0 pada aksi separuh akhir.