Kecewa konflik berterusan dalam Bersatu, 15 pemimpin Armada Sabah keluar parti
Susulan konflik dalaman Bersatu dengan serangan secara terbuka terhadap pimpinan parti, seramai 15 pemimpin Armada Sabah mengumumkan peletakan jawatan serta keluar dari parti berkuatkuasa serta merta.
Ketua Armada Bersatu Sabah, Hisyam Hazaril berkata, dengan peletakan jawatan semua pemimpinnya, jawatankuasa Armada Negeri Sabah turut terbubar.
“Kami amat kecewa melihat konflik dalaman parti yang semakin berlarutan dengan serangan terbuka pimpinan serta pertikaian yang berlaku secara terbuka sehingga mencalarkan imej parti,” katanya dalam kenyataan hari ini seperti dilaporkan portal Sabah News Today.
Hisyam berkata, pendekatan memecat serta tindakan disiplin yang didakwa tidak konsisten diambil oleh Bersatu Pusat telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pimpinan Armada di Sabah.
Katanya, mereka selaku anak muda Sabah menolak politik perpecahan, serangan terbuka dan budaya pecat-memecat yang semakin menjadi norma dalam parti.
BACA JUGA Pihak berkuasa Israel mula hapuskan CCTV, tutup bukti kemusnahan kerana serangan Iran