Pihak berkuasa Israel mula hapuskan CCTV, tutup bukti kemusnahan kerana serangan Iran
Pihak berkuasa Israel didakwa cubamengawal pemberitaan dan mengaburkan maklumat mengenai kesan kemusnahan di beberapa kawasan selepas serangan Iran.
Dalam rakaman tular, tentera zionis sedang memusnahkan beberapa rakaman litar tertutup (cctv) yang berada di ruang awam.
Ia dikatakan bagi menutup bukti-bukti kemusnahan di beberapa kawasan di Israel.
“Pihak berkuasa Israel mula menghapuskan kamera CCTV di beberapa kawasan di Israel untuk mengelakkan berita dunia membuat liputan mengenai kerosakan dan kemusnahan Israel kerana serangan Iran,” tulis pengguna X, Irfan_newboys yang berkongsi video tersebut.
Akaun itu menyediakan banyak perkembangan semasa mengenai peperangan di Asia Barat.
Video mengenai ketakutan Israel yang cuba menutup kemusnahannya turut dikongsi beberapa agensi berita dunia.
BACA JUGA Rakyat Malaysia terkandas diminta maklum tiket penerbangan pulang