Seorang lagi dipercayai bunuh diri di Kelantan

Seorang lagi dipercayai membunuh diri di Kelantan selepas kejadian yang sama berlaku tiga hari lepas di Hospital Kuala Krai.

Dalam kejadian hari ini, orang ramai mengerumi Jambatan Sultan Yahya Petra yang lebih dikenali Jambatan Tendong dengan dakwaan ada orang yang terjun dari jambatan itu.

Beliau dipercayai meninggalkan sebuah motosikal di atas jambatan itu (GAMBAR BAWAH)

Tiga hari lepas, polis mengesahkan seorang doktor pelatih membunuh diri dengan menggantungkan dirinya dengan kain selendang.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati, wanita itu menggantung diri menggunakan sehelai kain selendang pada pintu bilik air di dalam salah sebuah bilik asrama hospital tersebut.

“Tiada unsur jenayah dikesan selepas siasatan awal dijalankan di lokasi kejadian,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat ketika dihubungi pemberita.

Pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.55 pagi selepas pihak hospital membuat laporan berhubung penemuan mangsa yang berusia 29 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai bersama anggota Balai Polis Kuala Krai bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

Pada 5 Febrruari 2024 lalu, Kerajaan Kelantan mengadakan solat hajat di atas jambatan Tendong (gambar atas), memandangkan lokasi itu menjadi tempat individu terjun.

Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, solat hajat boleh dibuat di mana-mana, namun kerajaan negeri memilih di atas jambatan kerana lokasi itu kerap menjadi tempat individu terjun.

“Orang terjun atas jambatan bukan atas masjid. Kalau orang terjun atas masjid kita buat solat hajat atas masjid.

“Sebab dia (orang) terjun di sini (jambatan) kita solat hajat di sini. Namun, solat hajat boleh di mana-mana, tetapi kerana di sini tempat orang terjun kita buat di sini,” katanya selepas Majlis Solat Hajat itu.

BACA JUGA Warga sekolah cuti raya 9 hari tahun ini