Ridhuan Tee ni puasa ke tak, kes pijak al-Quran 24 jam sudah tangkap saspek
Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah dibidas ekoran dakwaannya bahawa tindakan lambat dibuat apabila agama Islam dihina tetapi sangat cepat apabila agama lain dihina.
“Ridhuan Tee ni puasa ke tidak.
“Kes pijak al-Quran, dalam 24 jam suspek ditangkap, direman seminggu,” kata seorang pemimpin Kerajaan Perpaduan ketika mengulas isu itu.
Beliau menjawab dakwaan Ridhuan, bekas pekerja Harakah, yang menyelar sikap segelintir ahli politik yang didakwanya pantas bersuara apabila melibatkan isu penghinaan agama lain berbanding Islam.
“Amboi… bukan main laju macai ultra kiasu Melayu respons tindakan pijak simbol agama lain, soolom,” katanya dalam satu kenyataan, sebagaimana yang disiarkan media hari ini.
Terdahulu, beberapa pemimpin DAP beragama Islam tampil memohon maaf kepada penganut Hindu di Malaysia susulan insiden memijak ‘Soolam’ yang merupakan simbol keagamaan Hindu yang dilakukan oleh seorang aktivis yang memperjuangkan isu kuil haram.
Antaranya, Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat, Sheikh Omar Ali yang menegaskan Islam adalah agama yang membawa rahmat serta mempromosikan keharmonian, bukannya perpecahan antara masyarakat.
Seorang aktivis, Tamin Dahri Abdul Razak memuat naik satu video beliau memijak “Soolam”, satu struktor yang menjadi simbul suci untuk agama Hindu dengan tulisan berbunyi “Aktiviti masa lapang”.
Namun, beliau kemudiannya menafikan ia adalah “Soolam” dan mendakwa bahawa ia hana sebatang besi tajam berkarat biasa sahaja dan tidak menyedari ia dikaitkan dengan lambang keagamaan.
Namun, ketika beliau bertembung dengan penganut Hindu berkait dengan kuil haram, tiba-tiba menaikkan status yang memijak simbul itu menyebab orang ramai yakin ia adalah “Soolam” dan disedari oleh beliau dan disengajakan.
Namun selepas dikecam, beliau menukar cerita.
“Dia punya alasan tak tahu itu simbol agama lain, nanti kalau tiba-tiba ada non-muslim pijak simbol الله lepas tu upload dalam socmed, bagi alasan sama, kita boleh terima ke? Sebab itu nak jaga kesucian Islam, Allah larang hina agama lain,” kata Timbalan Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan ketika mengulas alasan Tamim.
BACA JUGA Syahredzan tempelak fitnah konon beliau tidak bersuara ketika al-Quran dihina