Bila kapalterbang jatuh, tempat basuh kain kapal induk terbakar dengan sendiri
Oleh NIK HASYUDEEN
Hari ini Central Command (Centcom) Amerika mengakui sebuah kapalterbang KC-135 terhempas di Iraq dan sebuah lagi yang dikatakan terlibat berjaya mendarat dengan selamat. Mereka mengaku kejadian berlaku tetapi tidak disebabkan musuh.
Sebelum itu Centcom juga melaporkan 2 orang kelasi di atas kapal induk USS Gerald R. Ford cedera kerana tempat basuh kain kapal berkenaan tiba-tiba terbakar. Saya pun dok fikir juga macamana kebakaran yang berlaku secara sendiri ni boleh menyebabkan kecederaan.
4 hari lalu dilaporkan berkenaan kematian seorang anggota National Guard Amerika di Kuwait yang jatuh sakit. Di kebelakangan ini bahaya juga jadi anggota tentera Amerika, boleh mati kerasa kesakitan yang tiba-tiba.
Apa analisa anda berkenaan data-data di atas? Adalah Amerika tiba-tiba ditimpa nasib malang atau mereka mahu menyembunyikan aspek-aspek yang tidak kena dengan naratif mereka?
Kepada usahawan, anda sudah tentu pernah berhadapan dengan pelbagai data dan maklumat yang relevan dengan perniagaan anda. Bagaimanakah anda memprosesnya dan mengambil manfaat dari data-data berkenaan?
Sekiranya anda hanya simpulkan mesejnya berdasarkan apa yang anda suka sahaja, anda ada risiko bernasib malang seperti apa yang sedang dihadapi oleh Amerika sekarang ini. Ini adalah kerana tidak mahu menerima hakikat bahawa apa yang sebenarnya mungkin tidak selesa untuk diakui.
Kejujuran di dalam menganalisa data ini amat penting. Jika kita menghadapi masalah, terimalah hakikatnya. Kenal pasti punca masalah dan cari jalan keluar. Kemudian usahakan dengan bersungguh-sungguh.
Namun, sekiranya kita menjadi seperti burung unta dan memasukkan kepala ke dalam pasir supaya masalah berlalu dengan sendiri, itu dah jadi menipu diri sendiri.
Berbalik kepada nasib Amerika, mereka tahu sekiranya ada tanda-tanda kematian dan kemusnahan sampai ke pengetahuan rakyat mereka, sokongan ke atas peperangan ini akan menjunam.
Malah, sekiranya wujud bangkangan seperti di dalam peperangan Vietnam yang lalu, bukan sahaja perang menjadi rumit malah Parti Republikan boleh jatuh. Itulah sebabnya mereka “menguruskan” maklumat yang sampai kepada masyarakat.
Semasa nak muktamadkan penulisan ini ada laporan bahawa kapal induk USS Abraham Lincon pula diserang dron. Jamban mana yang meletup kali ini?
Sama-sama kita tunggu “pengesahan” Centcom.
BACA JUGA Sambal Tumis kini semakin panas akibat terlebih pedas