Jika di pihak benar kenapa lari, hadaplah siasatan
OLEH NORMAN RADZUAN
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, hasil risikan mendapati kedua dua suspek iaitu Zamri Vinoth dan Tamim Dahri telah meninggalkan negara dan lari ke Thailand.
Jika benar kenapa lari? Seperti menantu Mahiaddin, Jho Low kenapa lari ke luar negara jika kamu benar?
Saya melihat pada peringkat awalnya, Zamri, Tamim dan Cikgu Chandra mendapat sokongan orang Melayu yang rasis.
Tapi lama kelamaan tindakan mereka semakin ekstrims dan mendapat tentangan dari mereka yang menyokongnya seperti awal dulu.
Apabila mereka memanggil kaum India sebagai ‘keling’, ‘botol kicap’ dan memijak simbol kaum India, tindakan tersebut tidak lagi mendapat sokongan kerana ramai melihat seolah-olah ada agenda tersembunyi untuk merosakkan keharmonian kaum di negara ini.
Tiada mana-mana parti politik sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang yang berani membela kedua indvidu ini yang hanya merugikan sokongan pelbagai kaum.
Zamri dan Tamim dianggap sesetengah pihak sebagai golongan pelampau. Tindakan kedua mereka mampu mencetuskan pergaduhan kaum.
Malah ada persoalkan siapa ‘dalang’ di belakang mereka ini? Ini yang kita mahu polis lakukan siasatan kepada mereka.
Konsepnya mudah, jika seseorang yakin dengan pendiriannya, lebih baik hadapi siasatan secara terbuka dan ikut proses undang-undang.
Itu lebih baik daripada menimbulkan persepsi bahawa mereka cuba mengelak. Bak kata orang Melayu berani kerana benar takut kerana salah. Kata fighter mana boleh lari, hadap sahaja.
Seteruk teruk perangai Papa Gomo tu pun dia berani datang ke balai.
BACA JUGA Polis sahkan Zamri Vinoth, Tamim Dahri larikan diri ke Thailand