Baucar Aidilfitri diagih kepada golongan memerlukan, belia jadi keutamaan

FOTO BERITA: Majlis Penyerahan Baucar Jom Shopping Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2026 bersama YB Abbas Azmi, ADUN Seri Serdang di Pasaraya NSK 3 Elements, Seri Kembangan, Serdang, Selangor. 15 Mac 2026 (Ahad)

Seramai ratusan penerima khususnya golongan belia serta pemandu e-hailing dan p-hailing menerima manfaat menerusi Majlis Penyerahan Baucar Jom Shopping Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2026 yang disempurnakan oleh Abbas Azmi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang di Pasaraya NSK 3 Elements, hari ini.

Menurut Abbas Azmi, penerima baucar dipilih berdasarkan kelayakan tertentu termasuk tidak menerima bantuan lain seperti skim usahawan atau bantuan sedia ada, selain mengambil kira tahap pendapatan bagi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan memerlukan.

Beliau berkata, kelainan pada program tahun ini adalah tumpuan khusus diberikan kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 40 tahun, termasuk mereka yang bekerja sebagai pemandu e-hailing dan p-hailing yang sebelum ini dilihat kurang mendapat perhatian dalam bantuan seumpama itu.

“Daripada keseluruhan peruntukan kira-kira RM800, sekitar RM50 diperuntukkan bagi setiap baucar kepada golongan belia, khususnya yang bekerja dalam sektor e-hailing dan p-hailing. Alhamdulillah, apabila permohonan dibuka, sambutan daripada golongan ini amat menggalakkan,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Beliau menjelaskan kira-kira 50 peratus daripada keseluruhan baucar yang diagihkan, iaitu sekitar 400 baucar, diperuntukkan kepada golongan belia bagi membolehkan mereka membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan lebih bermakna.

Dalam majlis sama, turut disampaikan sumbangan khas kepada 20 penerima daripada kumpulan Pekawanis, yang menerima bantuan tunai sebanyak RM150 bagi setiap keluarga.

Abbas Azmi berkata, program pemberian baucar perayaan merupakan inisiatif tahunan kerajaan negeri Selangor yang dilaksanakan sempena tiga perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali.

“Program untuk Tahun Baharu Cina telah pun selesai sebelum ini dengan kira-kira 500 baucar diagihkan dan 50 peratus daripadanya turut diberikan kepada golongan belia. Hari ini kita teruskan untuk sambutan Aidilfitri,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa sekitar 150 hingga 200 pemandu e-hailing dan p-hailing telah diluluskan permohonan bagi menerima baucar ².

Menurutnya, usaha tersebut juga bertujuan merapatkan jurang antara golongan belia dengan inisiatif kerajaan negeri supaya mereka lebih peka terhadap pelbagai bantuan dan program yang disediakan.

Menurutnya, usaha tersebut juga bertujuan merapatkan jurang antara golongan belia dengan inisiatif kerajaan negeri supaya mereka lebih peka terhadap pelbagai bantuan dan program yang disediakan.

Dalam perkembangan lain, Abbas Azmi berkata antara isu setempat yang menjadi keutamaan di kawasan Seri Serdang ketika ini ialah masalah kesesakan trafik, khususnya di kawasan Equine yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Beliau berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM22 juta bagi projek pembinaan jalan penghubung atau missing link bagi membantu melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut.

Beliau berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM22 juta bagi projek pembinaan jalan penghubung atau missing link bagi membantu melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut.

Selain itu, katanya, projek pembinaan dua jejambat di hadapan Giant di Persiaran Arif turut diluluskan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dengan kos hampir RM300 juta.

“Dengan kedua-dua projek ini, saya yakin masalah trafik di kawasan ini dapat dikurangkan sekurang-kurangnya untuk tempoh 15 tahun akan datang,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut memberi perhatian kepada pembangunan kemudahan sukan dan infrastruktur awam di kawasan Seri Serdang termasuk menaik taraf gelanggang badminton terbuka kepada gelanggang pickleball yang semakin popular dalam kalangan belia.

Katanya, beberapa dewan awam termasuk di Kampung Seri Aman telah dinaik taraf untuk kemudahan sukan tersebut bagi menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda
