Cubaan nafi kematian Netanyahu gagal, video terkini ‘kantoi’ lagi guna AI

Video pendek penampilan Benjamin Netanyahu konon didakwa di sebuah kafe yang dikongsikannya di akaun rasmi X milik Perdana Menteri Israel itu sejak malam tadi dihujani kritikan warganet sedunia.

Rata-rata menyifatkan video yang memaparkan Netanyahu menyindir khabar angin di media sosial yang mendakwa dirinya sudah mati sebagai sekali lagi dijana oleh kecerdasan buatan (AI).

Menerusi rakaman klip berdurasi satu minit itu, penjenayah perang berkenaan menerima secawan ‘kopi panas’ sambil berkata sinis, “mati untuk kopi” dengan maksud sangat menggemari sesuatu.

Dia yang berdepan waran tangkap daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sejak Oktober tahun lalu itu kemudian mengangkat tangannya ke arah kamera.

“Mahukah kamu kira jumlah jari?”, perlinya lagi merujuk kepada spekulasi di media sosial bahawa ucapan televisyen terbarunya dijana oleh AI kerana dia kelihatan mempunyai enam jari pada satu tangan.

Dalam masa sama, Netanyahu dipetik AFP, menggesa rakyat negara haram Israel itu supaya mematuhi arahan keselamatan jika berlaku serangan roket.

Tambahnya, ketabahan rakyat “memberi kekuatan kepada saya, kepada kerajaan, kepada tentera dan kepada Mossad.”

“Kami sedang melakukan perkara yang tidak dapat saya kongsikan buat masa ini, tetapi kami menyerang Iran dengan sangat kuat, dan juga Lubnan,” kata Netanyahu lagi dengan nada angkuh.

Membohongi dunia

Menjengah ke ruangan komentar yang dihujani lebih 30,000 reaksi serta 50 juta tontonan setakat pagi ini, rata-rata pengguna X berpendapat cubaan Israel untuk membohongi dunia kononnya Netanyahu masih hidup sebagai gagal.

Ramai membangkitkan bukti paling ketara bahawa video itu palsu ialah kopi yang memenuhi cawan berkenaan tidak setitis pun tumpah walaupun dia mengangkatnya dalam keadaan sedikit senget.

Malah, paras kopi dan buih dalam cawan itu kekal sama walaupun selepas dia menghirupnya.

“Bagaimana kopi yang memenuhi cawan itu tidak tertumpah ketika dia menggoncangnya dan tidak berkurang selepas dia meminumnya? Sekali lagi kamu gagal. AI,” kata salah seorang warganet.

Penelitian netizen juga dilihat ‘tajam’ apabila ada yang menyenaraikan beberapa persoalan serius tentang kesahihan video tersebut yang dilihat begitu ketara hasil janaan AI.

“Poket ajaib…

“Kopi dalam cawan yang seolah-olah melawan graviti…

“Pelanggan bertopeng di belakang kaunter.

“Cubaan yang bagus… tapi tak menjadi,” kata @freezymfe yang mendakwa dirinya seorang veteran tentera Amerika Syarikat (AS).

BACA JUGA Anwar lulus RM1.525 juta perkasa lima sekolah pondok, tahfiz di Sabah