Jika mahukan rahmat Allah, hiduplah dengan berkasih sayang, kata Mufti Wilayah
Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Ustaz Fauwaz Fadzil berkata, jika kita mahukan rahmat Allah, hiduplah dengan berkasih sayang sesama kita dan bukannya benci dan mencaci.
Beliau berkata demikian Ketika memberikan ceramah khas bertajuk Menuai Rahmat Menuju Penamat di Wisma LKIM pagi tadi.
Mufti turut menjelaskan bahawa maqasid keamanan sangat relevan bagi memastikan keterjaminan hidup baik dari aspek agama, ekonomi dan makanan terjaga.
Mufti juga memberi pengiktirafan kepada LKIM dan golongan nelayan kerana bekerja keras memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan dengan kerja yang ikhlas, pasti rahmat Allah akan diperolehi.
Ekoran itu, Pengerusi LKIM, Faiz fadzil mengucapkan terima kasih Mufti kerana sudi hadir menyampaikan ilmu dan nasihat buat warga kerja LKIM bagi membina watak-watak yang seimbang dalam usaha membina kekuatan di kalangan warga kerja untuk memacu institusi ini ke tahap yang lebih baik dan berdaya maju.
BACA JUGA Ekoran perang Timur Tengah: DBKL potong sewa penjaja 50%, bantu rakyat bandar