Siap bersilang kaki peluk tubuh, aksi isteri dicekup siang Ramadan jadi tumpuan

Aksi seorang isteri yang dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain dalam serbuan di sebuah rumah di Krubong, Melaka menarik perhatian warganet.

Menerusi rakaman serbuan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang dikongsikan di TikTok, wanita berbaju maroon itu kelihatan duduk bersilang kaki sambil memeluk tubuh semasa mendengar penjelasan sebab ditahan.

Tangkapan yang dilakukan oleh seorang imam bersama penguat kuasa JAIM itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 10 pagi semalam selepas menerima maklumat mengenai aktiviti mencurigakan di rumah tersebut.

“Imam menangkap pasangan berkhalwat.

“Kandungan video bukan untuk mengaibkan tetapi bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat sebagai kempen “Amar Makruf Nahi Munkar,” menurut kenyataan tersebut.

Rakaman video itu juga memaparkan suami kepada wanita yang dicekup itu naik angin sebelum ditenangkan oleh pegawai penguat kuasa yang berada di lokasi.

“Kau aku tak tumbuk kau dah baik tau, lagi kau nak ‘langsi’ dengan aku ek,” bentaknya meluahkan rasa marah.

Malah, anggota penguat kuasa kelihatan terpaksa meleraikan pertelingkahan antara pasangan terbabit.

Pegawai penguatkuasa kemudiannya menerangkan kesalahan yang dilakukan pasangan tersebut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkhalwat yang menimbulkan syak.

Pasangan yang dicekup itu kemudian menaiki van JAIM dan diiringi peronda polis untuk dibawa ke balai berhampiran bagi membuat laporan sebelum dibawa ke pejabat JAIM.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

@unit.operasi.bpk

‘Imam menangkap pasangan berkhalwat’ “Disclaimer: Kandungan video bukan untuk mengaibkan tetapi bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat sebagai kempen “Amar Makruf Nahi Munkar” #operasi #bpk #jaim #kerja #penguatkuasaagama

♬ original sound – Penguatkuasa JAIM – Penguatkuasa JAIM

BACA JUGA Bonus raya GLC Terengganu: Staf hanya setengah bulan, pengerusi RM10,000?